03 January 2011

Ini entri Bahasa Melayu saya yang pertama untuk 2011

salam dan selamat pukul 3.21 petang (ketika entri ini mula ditulis)
apa khabar semuanya?
macam dah bertahun tak jumpa. hoho
hari ini hujan dan kelihatannya hostel sangat sunyi kerana mereka seronok dibuai mimpi.
(kau kata tadi nak tido, asal tibe2 menaip nih?)

hari ini adalah hari kuliah pertama bagi kami para pelajar bagi tahun 2011.

WELCOME 2011,
WELCOME MONDAY MORNINGS THAT EVERYONE DREADS,
WELCOME PILES OF WORKS,
WELCOMES DROWSINESS,
WELCOME ALARM CLOCK 
(nape alarm clock? habis, kat umah ade mak kejutkan, wtp nak alarm clock. kau ni pun..da berpisah dengan mak, kenala couple balik ngn alarm clock. ngek. :p)
AND MOST IMPORTANTLY,
WELCOME LAUGHTERS, JOYS AND NEW MEMORIES!!


bertemu setelah lebih sebulan berpisah membuatkan semuanya (ok, bukan semuanya...secara spesifiknya, KAMI atau lebih tepat lagi AKU) terasa sangatlah excited untuk bertanya itu dan ini kepada mereka2 yang berkenaan dan tidak berkenaan. bermula di perhimpunan pagi buat kali pertama bagi tahun 2011 yang diadakan di padang kebanggaan kami kerana dewan kesayangan sedang ditutup buat sementara waktu untuk kerja2 yang boleh dinyatakan tetapi tidak mahu dinyatakan di sini (sume org tahu da kan..hee), semuanya menjadi gila dan teruja bertemu sahabat handai, rakan dan taulan (cm lagu raya dah.). bertanya khabar, bertepuk tampar, bergelak ketawa, bersoal jawab dan bernangis hiba (yang last tu tade, tipu j) menjadi agenda pagi yang utama bagi hari isnin yang pertama ini.

agenda tersebut di atas diteruskan dalam perjalanan ke kelas, naik ke kelas (kelas da tukar, kenala  stat mendaki gunung kinabalu tiruan sem ni), menunggu pintu kelas dibuka sehingga masuk dan duduk di kelas. tak cukup di kelas sendiri, menumpang gembira dan tawa di kelas orang lain pula, mencari lagi sepasang makhluk kesayangan yang selalu ada di sisi walaupun kadangkala menyakitkan hati. hee

maka berceritalah dua pasang makhluk tersebut tentang pelbagai perkara di mana yang pastinya adalah cerita yang gembira semuanya. bercerita tentang KEBUN CEMPEDAK dia yang sedang masak ranum, hikhik
dia bercerita dari awal pembabitannya dalam tanaman cempedak tersebut sehinggalah ke masa untuk menunggu buah2 cempedak tersebut masak.

sepasang makhluk yang tidak satu kelas dengan tukang taip entri ini mendapat rakan baru yang digelar dengan akronim Istana Budaya (IB). mereka kelihatannya sangat GEMBIRA dengan kehadiran IB yang mengejut di antara mereka. saya turut gembira untuk mereka. sebentar, adakah ayat2 di atas kelihatan dan kedengaran agak kejam untuk IB? tidak mengapa, beliau tidak akan tahu kalau dua pasang makhluk itu tidak membongkarkan rahsia. lagipun, adalah sangat tidak bijak untuk membongkar rahsia yang disimpan kemas selama tidak sampai satu hari kepada individu yang sangat berkenaan.

banyak cerita yang diluah, banyak soalan yang dijawab, banyak ketawa yang dikongsi, dan sedikit "penghinaan tahap paling lembut" yang dilontar. sungguh malang kerana sepasang makhluk itu tidak lupa, malah akan selalu ingat dengan penumbuk tukang taip entri ini yang lebih kecil dari mereka. huuuaaaa!! mungkin lebih kecil tapi sakitnya lebih terasa. :p

disogok dengan aktiviti bermain kompang pada hari pertama kuliah, kali ini kelihatan agak bersemangat atas2 faktor yang berkenaan. :p
kuliah bermula pada pukul 1030 pagi, maka sangatlah seronok bermain-main di kelas sendiri dan kelas sepasang makhluk itu. mass lecture bersama cik jeyaratha (adakah dieja dengan betul?) yang pertama untuk subjek LITERATURE. 24 wordy slides- good enough that i didn't go sleepy throughout the 3-hour session.
faktor utamanya adalah kerana perwatakan cik jeyaratha (adakah dieja dengan betul?) itu sendiri yang tidak mengizinkan saya untuk memancing ikan di waktu pagi membawa ke tengah hari. kekerapan kami ketawa adalah sangat tinggi maka tahniah cik jeyaratha (adakah dieja dengan betul?)! :) faktor sampingannya adalah perilaku seorang dari sepasang makhluk itu yang asyik mengacau tukang taip entri ini. terima kasih kerana membuatkan saya tidak mengantuk. he
apa2 pun, kerja untuk esok telah pun diberi oleh cik jeyaratha (adakah dieja dengan betul?). tugasan pertama untuk 2011.

kelihatannya tukang taip entri ini takut, cemas, nebes, gelisah, seram sejuk dengan subjek2 untuk tahun pertama ijazah sarjana muda ini. lebih takut lagi kerana belum dapat melihat keputusan peperiksaan akhir bagi kursus persediaannya. mudah2an segalanya berkesudahan baik untuk tukang taip entri ini dan rakan2 seangkatannya, sekelasnya, dan sebotnya (mencetak setelah merompak peribahasa Inggeris "in the same boat.") AMIN..........

tahun ini mungkin akan berbeza dengan tahun lalu tetapi andai kata, andai lihat dan andai dengar kita mampu mengadaptasi diri dengan perubahan, tiada apa2 yang tidak menyenangkan akan berlaku.
:)

STAY POSITIVE.
THAT IS THE BEST.
:)



 

7 comments:

a-En said...

kahkahkah,,
xbuley blaaa..
IB pun msuk cita jugaak.
adoi

farah booboo said...

ain: hahaha...MESTI...ISTIMEWA untuk budak dua org tu...hikhik

cHeN-Ta said...

oit dak jendul..
nape nk mention name IB bile ade kiteorg jew..
sungguh xsopan!

Arvind Mohan said...

nice blog...intelligent posts dear they all are awesome i'm lovin 'em all
Although I might be spamming in your blog yet inviting you to have a view of my blog when free.. http://www.arvrocks.blogspo.com
do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow blog...

cik kupang said...

waahh...
syg kaw kt IB ea..
smpi msuk dlm entry blog..haha

farah booboo said...

ira: hahaha....da mg ib tu antara korang kn...so??? mahu tny lagikah? haha

farah booboo said...

wani kupang: hahahahha...bukanlah. saje nk tunjukkan betapa sayangnya korg kat ib tu....wakaka

hak milik kekal dan terpelihara nurfarah wahidah.