27 November 2010



this is what i got while reading a book,
"Malam Pertama di Syurga" by Adil Akhyar.
i am happy to share with you all this .
let's go through it.
:)


tahukah kamu siapa tetamu terakhir yang akan mengunjungi kita? tahukah apakah tujuan ia menziarahi dan menemui kita? apa hajatnya daripada kita?

ketahuilah! ia tidak datang kerana dahagakan hartamu, atau kerana ingin menikmati hidangan lazat bersamamu, atau meminta bantuanmu untuk membayar hutangnya, atau memintamu memberi sokongan kepada seseorang atau untuk menyelesaikan urusan yang tidak mampu ia selesaikan. tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. anda dan keluarga anda malah seluruh penduduk bumi ini tidak akan mampu menggagalkannya dalam melaksanakan misinya.

walaupun anda tinggal di istana-istana yang tinggi, berlindungdi benteng2 yang kukuh dan di menara2 yang kuat, anda tidak dapat mecegahnya masuk untuk menemuimu dan menunaikan urusannya denganmu. untuk menemuimu, ia tidak perlukan pintu masuk, atau meminta izin, atau membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang. ia akan datang bila-bila dan dalam keadaan apapun, ketika kamu sedang sibuk ataupun lapang, sedang sihat ataupun sakit, semasa kamu masih kaya ataupunsedang melarat, ketika kamu sedang bermusafir ataupun tinggal di tempatmu.

saudaraku! pengunjungmu ini tidak memiliki hati yang lemah. ia tidak akan terpengaruh oleh ucapan2 dan tangismu bahkan oleh jeritanmu dan sahabat2 yang menolongmu. ia tidak akan memberimu kesempatan untuk menilai semula perhitungamnu dan meninjau kembali urusanmu. kalau pun kita berusaha memberinya hadiah atau menyogoknya, ia tidak akan menerimanya kerana seluruh hartamu itu tidak bererti apa2 baginya dan tidak membuatnya mundur dari tujuannya.

sungguh! ia hanya menginginkan dirimu saja, bukan orang lain. ia menginginkanmu semuanya, bukan separuh badanmu. ia ingin membinasakanmu. ia ingin kematian dan mencabut nyawamu. menghancurkan raga dan mematikan tubuhmu! dialah MALAIKAT MAUT!!

setelah kunjungannya itu, kita tidak akan dapat lagi melakukan satu kebaikan pun. tidak dapat menunaikan solat. tidak dapat membaca satu ayat pun dari kitab-Nya. tidak dapat bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, beristighfar walaupun sekali. tidak dapat berpuasa walaupun sehari. tidak dapat bersedekah dengan sesuatu meskipun sedikit. tidak dapat menunaikan haji dan umrah walaupun banyak duit. tidak dapat berbuat baik kepada kerabat atau tetangga.

kontrak amalmu sudah berakhir dan engkau hanya menunggu perhitungan dan pembalasan atas kebaikan atau keburukanmu.

oleh itu, mana persiapanmu untuk menemui malaikat maut? mana persiapanmu untuk menyonsong huru-hara setelahnya; di alam kubur ketika menghadapi pertanyaan di Padang Mahsyar, ketika hari Hisab, ketika ditimbang amalan, ketika diperlihatkan lembaran amalan kebaikan ketika melintasi Sirat dan berdiri di hadapan Allah Al-Jabbar?



renungan dan ingatan untuk saya dan anda semua.

No comments:

hak milik kekal dan terpelihara nurfarah wahidah.