02 July 2011

Larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia, penatnya... (penat ke?) Penat menunggu lebih tepat.





Hari ni ada 
Larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia.
Oleh sebab diadakan 1 Malaysia,
jadi semua individu di institusi pendidikan wajib ambil bahagian.
Larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia
ni bakal masuk dalam
Malaysia Book of Records.
Larian terbesar dan teramai yang pernah diadakn di Malaysia.
Dengar kata 4 juta pelajar turut serta dalam larian ni.
Mantappp.



Kumpul kat padang pagi2 lagi,
pukul 630 da disuruh berkumpul,
tapi saya dan roomate serta kebanyakan warga institut
datang kul 640 pagi.
Tu pun masih ramai yang berjalan masuk ke padang.
Tunggu punya tunggu, lama la juga tunggu,
baru mula acara larian.



Mula dengan aktiviti senamrobik, best juga la sebab tiba tiba je ade lagu Korea. hehehe
Bonamana by Super Junior plak tu.
Kalau guna lagu Fiction by Beast lagi mantapp.
Baru rasa teruja lebih sikit.
Kat sini macam penggunaan lagu Korea makin dikembangkan.
Senamrobik haritu pun guna lagu Korea gak.
(tak ingat untuk acara apa, tapi memang sah lagu Korea)



Habis senamrobik,
dengar perutusan Menteri Pendidikan,
Tan Sri Muhyidin bin Hj Mohd Yasin.
Habis dengar perutusan,
kitorang pung bersiap sedia untuk lari.



Siswa guru dilepaskan dahulu.
Tak lama lepas tu giliran kitorang pulak.
Bukannya larian, berjalan je sebab sesak dengan orang kat depan.
Cilok punya cilok dapatla kat depan. hee
Habis pusing satu maktab,
pusing satu padang pulak.



Habis lari, tunggu kawan kawan lain sampai.
Da habis ke acara larian?
Acara larian memang dah habis,
tapi kena tunggu lagi untuk pemeriksaan kesihatan.


Nasib baik dapat sarapan pagi,
boleh mengisi perut yang sedang berbunyi riang.
Orang ramai gila tunggu nak buat pemeriksaan kesihatan,
daripada bergelak ketawa sampailah rasa tersangat boring menunggu giliran tak tiba tiba.


Akhirnya sampai gak giliran,
timbang berat, ukur tinggi, periksa tekanan darah,
periksa kadar kolesterol dan lemak.
Tekanan darah beta rendah, 104/65
dengan kadar nadi 116.
Body fat pulak 25%, nasib baik normal.
Kandungan lemak dalam organ pun normal, 3.
Huuuu.


Dah habis buat pemeriksaan kesihatan, balik bilik.
Tata.



Nah gambar hari ni.
Macam biasa, Acap yang jadi photographer, aku suka suka hati upload balik dalam blog kesayangan.
Terimalah, ragam warga institut sepanjang acara
Larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia.















































































2 comments:

Kacang Pool said...

Ahha...memang peminat fanatik lagu KOREA dah nie!

senamrobik time Hari Guru...ada pasang lagu Korea jugak!:)

nurfarah wahidah said...

hehehhe, haruslah minat korea..

oh ye, hari guru! baru teringat! heee

thanks mengingatkan :)

hak milik kekal dan terpelihara nurfarah wahidah.