17 April 2011

An Awesome School-based Experience. :)

Salam and 안녕!


        Hari itu hari sang matahari memancarkan sinarnya dengan gembira, seakan-akan mahu menenangkan diriku yang disirami gementar dan hatiku yang berdebar kencang. Sedikit kekalutan menyiapkan diri pagi itu menambah darjah rasa gementarku. Hanya minuman pagi sempatku teguk sebelum memulakan perjalanan ke tempat itu. Perjalanan kurasakan begitu panjang sekalipun sewaktu zaman kegemilanganku dahulu, aku pernah pulang berjalan kaki. Dari kejauhan sudah kulihat dua buah bangunan yang tersergam indah dan kukuh, sama seperti apa yang tersimpan di kotak fikiranku. Hanya warna catnya yang bertukar, menunjukkan usianya yang semakin tua dan memerlukan proses penyelenggaraan. Berdiri di belakangnya pula dua buah bangunan lagi yang masih dalam proses pembinaan.



Sek. Keb. Seri Puleh



The little kids






Pre school class. Cute and adorable. :)


My beloved 3P. :)



Tiba di sana, loceng sudahpun berbunyi. 7.15 pagi. Aku bergegas naik ke pejabat untuk berjumpa dengan peneraju sekolah yang sudah lama tidak aku temui. Kali terakhir aku bertemu dengannya adalah semasa di sekolah menengah. Menyapa beberapa orang guru yang berselisih denganku mengurangkan sedikit resahku dan menambah rinduku kepada sekolah ini. Setibanya di tingkat atas, aku pantas bertanya keberadaan Tuan Guru Besar kepada Puan Azlimah, kerani mesra dan komited yang tidak pernah bertukar sejak dulu. Jawapannya sedikit mengecewakanku kerana beliau tidak hadir kerana sedang menjalani umrah. Ini bererti aku tidak akan berpeluang bertemu dengannya sepanjang lima hari aku berada di sini. Aku pergi bertemu Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk melapor diri. Oh, GPK 1 sudah bertukar. Ucapan salam kuutarakan dan seterusnya memperkenalkan diri. Beliau memintaku turun untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan pagi.





The preschoolers! :)



Daniel Othman, a strong and nice boy despite his own self physical state.




Sembilan tahun telah kutinggalkan perhimpunan pagi di sekolah ini dan hari ini, aku akan mengulangi hal yang selama ini menjadi rutin mingguanku dahulu. Aku bertemu dan bersalaman dengan guru-guru lama dan baru. Guru-guru lama tetap sama seperti dulu, tiada yang kurang, hanya ilmu, pengalaman dan personaliti yang tambah membanggakan. “Inilah mereka-mereka yang telah menjadikan aku manusia,” detik hati kecilku yang tiba-tiba disapa rasa bangga dan terharu. Sapaan mereka menghilangkan hampir semua keluh kesahku. Tambah melegakan apabila terdapat dua orang rakan dari IPG Kampus Bahasa Melayu turut sama menjalani PBS di sini selain dua orang senior yang menjalani praktikum. Perhimpunan pagi berjalan seperti kelazimannya sehinggalah aku dan rakan-rakanku disuruh memperkenalkan diri. Menggeletar sedikit lututku namun yang terbaik cuba aku persembahkan.






The 6Cs. :)


Dhihani and Aisyah.


Haziq. :)


Effa, the hilarious and happy-go-lucky girl.



          Tamat perhimpunan, bertemu dengan GPK 1 untuk melapor diri dan taklimat ringkas. Mungkin hari itu pertama kali aku bertemu dengannya namun personaliti dan karismanya membuatku selesa dan kurang gementar.  Hari pertamaku diisi dengan pelbagai tugas termasuklah memasuki kelas. Tahun 3 Pintar, pintar dan ceria sesuai dengan namanya. Mereka begitu teruja dengan kehadiran guru baru di sekolah mereka dan tidak henti-henti bertanyakan itu dan ini. Mirza, si pintar yang pendiam tetapi diam-diam ubi berisi, Syahmi, Aiman dan Firdaus yang lantang bertanya itu dan ini, Effa, pemilik rupa comel yang sangat aktif, Aisyah yang tidak pernah lekat di tempat duduknya, Haziq pengawas yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan Daniel, pelajar kurang upaya yang cekal mengharungi hari-harinya di sekolah demi secangkir ilmu untuk jaminan masa depan.

Fiffy, Cikgu Zaliha's daughter who loves to stand outside of the class waiting for her mom.






 Hari kedua dan ketiga dipenuhi untuk menjalankan ujian konservasi untuk menilai tahap kognitif anak-anak kecil untuk tahap pra operasi. Sampelku adalah Umairah yang kelihatannya sudah melepasi tahap rakan seusianya dan Aidil, pelajar comel yang pendiam namun aktif tatkala mula mesra. Mereka adalah murid 6 tahun di kelas pra sekolah itu. Sampel ujianku seorang lagi adalah Aiman, murid Tahun 1 yang sangat aktif dan bijak di kelas, namun bertukar pendiam semasa dijalankan ujian. Cikgu Nasir meetuskan tawa kerana di kelas, Aimanlah murid yang paling suka mengacaunya ketika mengajar. Temuramah dan kelas ganti menjadi rutin sepanjang lima hari di sana. Menemani rakan memasuki kelas pemulihan menyedarkan aku betapa sukarnya menjadi seorang guru apatah lagi guru pemulihan dan pendidikan khas. Mereka yang lambat membaca, menulis, malahan mengeja dihantar ke kelas pemulihan untuk diberikan perhatian intensif. Namun, sekiranya disahkan oleh doktor sebagai “slow learner”, mereka akan dimasukkan ke kelas pendidikan khas. Kadang-kadang aku berasa marah apabila ada rakan yang sengaja menggunakan perkataan “slow learner” kepada rakan yang lain kerana bagiku itu penghinaan untuk murid yang benar-benar “slow learners”.  Pengalaman PBS di sekolah membuatkan aku lebih sensitif terhadap realiti murid-murid seusia mereka yang mungkin bakal aku temui usai aku menamatkan pengajian.




With the 6C's princesses. :)


With the GPK 1 (Administration).


Hari keempat dipenuhi dengan kelas ganti kerana kebanyakan guru tidak masuk ke kelas kerana terlibat dengan pertandingan catur dan latihan kawad kaki selain terdapat murid yang terlibat dengan Pertandingan Tilawah Al-Quran di sekolah agama yang menjadi jiran sekolah itu. Pelbagai murid dengan ragam yang berbeza aku temui kerana banyak kelas yang aku masuki. Hari terakhir di sekolah menjadi hari Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Mereka ceria mengenakan baju kurung dan baju Melayu kegemaran masing-masing. Mereka berarak ke surau berdekatan sebelum kembali semula ke sekolah. Aku dan rakan-rakan yang lain tidak dapat turut serta kerana perlu bertemu dengan GPK 1 untuk meminta pengesahan dan tandatangannya untuk borang-borang yang berkaitan. Juadah nasi jagung menjadi santapan kami semua. Tamat majlis sambutan, aku memasuki kelas ganti untuk subjek Bahasa Inggeris. Apa yang aku boleh simpulkan, tahap penguasaan mereka masih di tahap memuaskan namun boleh diperbaiki dengan adanya pelbagai program yang boleh membantu mereka. Aku kagum dengan semangat guru-guru yang menggunakan nyanyian, penceritaan dan persembahan multimedia untuk menarik minat murid-murid terhadap subjek yang diajar.


















During the Maulidur Rasul celebration.

            
             Mungkin keberadaanku di sekolah itu, Sekolah Kebangsaan Seri Puleh sangat pendek namun pengalaman yang aku kutip dan ilmu yang aku hirup membuktikan masa bukan pengukur segalanya. Lima hari di sekolah memberikan aku ketenangan kerana berada di sekeliling anak-anak murid yang bersih hatinya dan jujur perkataan dan perbuatannya. Ingin sekali aku kembali ke zaman kanak-kanak, menikmati zaman persekolahan sepuasnya andai aku mampu memutar kembali masa. Hadiah-hadiah dan “surat cinta” yang diterima daripada murid-murid membuatkan aku sedar bahawa aku perlu berusaha lebih sebaik mungkin untuk membuktikan yang aku mampu menjadi seorang guru yang layak untuk dikenang dan dihargai oleh anak-anak muridku sepanjang hayat mereka, sekalipun aku bakal meninggalkan dunia ini sebelum mereka.


With the colleague from IPGk BM, Hazira. :)


Another fellow colleague, Nisa. :)


:)


8 comments:

a-En said...

aik?
asal ayat cm ayat bmk neh?
haha.

nice experiences,
with cute kids around.
(=

dearly I D A said...

yda,
bila dah jadi cikgu nanti, beritahu aku kat mana kau mengajar.
aku nak hantar anak aku belajar kat sana, seriously talking and i mean it.

aku perlukan seorang guru yang passionate dan betulbetul menghayati mulianya kerja tu untuk mengajar anak aku esok.

so that my children will develop good moral values to be good citizens in the future.

macam kau. :')

Fahmi Bahrudin said...

ok.. kau memang ada gaya cikgu..
bagus2..teruskan cita2 tu!

farah booboo said...

ain: haha. mg pun. wee

farah booboo said...

wahidah: huuuu...insyaAllah....itu cuma harapan aku...nak jadi cikgu yg boleh membentuk anak anak murid aku jadi org yg berguna..

ayt kau yg wat aku terharu. :')

farah booboo said...

fahmi: thanks! doakan aku jadi cikgu yg betul2 cikgu. :)

Ila Aqilah said...

comel2! daniel tu comel lah..thee..great experiences lah!

farah booboo said...

kak qilah: comel kan dia? :)

hak milik kekal dan terpelihara nurfarah wahidah.