Dedaunan itu jatuh lagi
Seperti selalunya
Dibawa angin lalu
Yang tiada rasa simpati
Dedaunan itu jatuh lagi
Tetapi berbeza tempat
Berlainan ketika
Dedaunan itu jatuh lagi
Seperti selalunya
Kerana itulah fitrahnya
sehelai daun
Yang pasti akan gugur
Pabila tiba saat dan ketikanya
Justeru wahai dedaunan
Bangunlah
Bangkitlah
Sedarlah
Dari buaian mimpi indah dunia
Agar kau tidak gugur sia-sia
Seperti dedaunan yang lainnya
Hiduplah sebagai dedaunan yang bermaruah
Agar kau juga gugur dengan bermaruah.
5 comments:
Like :)
kak dya: thanks! :)
super duper very like..haha..
kak zai: hikhik..thanks! ♥
Post a Comment