Dan anak mata ini
Serupa tetapi berbeza
Sebentuk tapi tidak “sekepala”
Anak mata itu menangis
Anak mata ini juga menangis
Tetapi
Anak mata itu menangis
Kerana takutkan Tuhannya
Kerana sesalan atas dosa dan celanya
Kerana mujahadahnya melawan nafsu menggila
Kerana risaunya menghitung pahala yang belum cukup timbangannya
Kerana takut tidak mampu memikul amanah Tuhannya
Kerana mengingati seksanya sakaratul maut
Kerana takutnya akan azab neraka
Anak mata ini pula menangis
Kerana takutkan hantu dan manusia
Kerana cintanya pada syurga dunia
Kerana sedih dan terlukanya ditinggalkan cinta
Kerana sayangnya pada artis yang dipuja-puja
Kerana gagal mendapat tempat pertama
Kerana risau tidak terkejar syurga dunia
Yang mana satu anak mata kamu?
Atau anak mata yang kamu inginkan?
Anak mata yang itukah?
Atau anak mata yang inikah?
No comments:
Post a Comment